Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Bengkel Wanita Bersama Setiausaha April ini

altMajalah Wanita sentiasa ingin mendekati setiap lapisan masyarakat. Menjelang bulan April setiap semua tahu pasal bulan sambutan bagi setiausaha.

Sempena itu Wanita akan menganjurkan WANITA Bersama Setiausaha dengan tema Menjana Kerjaya Berhemah, Berjiwa Cemerlang pada 10 April 2010. Jom sertainya.

Bengkel kesetiausahaan itu akan menampilkan penceramah berpengaruh dan berpengalaman untuk berkongsi rahsia dan menurunkan ilmu kepada setiausaha ataupun sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu kesetiausahaan.

Penceramah yang sudah mengesahkan muncul dalam sesi sehari itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim,  Datuk. Dr. Norashikin Mokhtar, YM Datuk Paduka Toh Puan Sri Diraja Noor Aini Abdullah, Sarliza Abdullah serta penampilan istimewa personaliti lelaki popular Rosyam Nor. Apa agaknya yang Rosyam nak kongsi ya?

Noor Aini Abdullah

Bengkel sehari itu hanya mengenakan bayaran RM200 dengan disediakan jamuan pagi, tengah hari dan minum petang.

Ia akan dilangsungkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang akan diumumkan sedikit masa lagi.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi  Eksekutif Kanan, Pengurusan Jenama Iskandar Sani Melan di talian 03-89262999 atau 013-3451945 (pada waktu pejabat)

Kalau mahu memastikan anda mendapat tempat, jangan lengahkan tempahan kerana hanya 200 penyertaan sahaja diperlukan. Jadi siapa cepat dia dapat.

Rosyam Nor

 

Pengisian bengkel akan menyentuh antara lain topik berkaitan budaya dan integriti di tepat kerja, imej, kesihatan dan keselematan. Ia bertujuan melengkapkan peserta dengan keyakinan untuk menjalankan tugas mereka secara lebih efektif.

Peserta tidak hanya akan mendengar ceramah sepanjang masa sebaliknya mereka akan direhatkan dengan persembahan hiburan oleh artis popular serta pertunjukan fesyen.

Kalau anda menghadiri bengkel ini, anda tidak akan pulang dengan dada kosong, sebaliknya bakal dipenuhi dengan ilmu baru yang bakal disampaikan oleh penceramah yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bersama-sama kita meningkatkan prestasi kerja.