
Majalah URTV dan Kawan akan mengadakan acara istimewa untuk peminat mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 29 dan 30 Mei ini. Mereka akan menyertai Karnival Mingguan Malaysia yang diadakan di situ.
Bagi yang minat menyanyi boleh sertai pertandingan Karaoke URTV pada kedua-dua hari tersebut. Ada hadiah menarik yang akan menanti anda di sana nanti. Jangan terlepas ya.

Karnival tersebut turut diisi dengan aktiviti lain termasuk persembahan hiburan artis popular seperti Jay Jay, Zamani, Hattan, Amylea, Zarina, Shila, Imran Ajmain, Ezad, Haiza, Jo Anna dan ramai lagi.
Pelakon popular seperti Jehan Miskin, Intan Ladyana, Kamal Adli turut memeriahkan acara. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama di Padang A, Plaza Angsana.