Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Pelancaran Resipi Pilihan Saji

UKSB akan melancarkan tiga buku Resipi Pilihan Saji pada 29 Jun 2010 di Restoran Felda Villa, Jalan Maktab, Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran akan disempurnakan pada pukul 8.00 malam.

Tiga buku yang boleh menjadi koleksi istimewa itu ialah aneka Lauk Pauk, Pencuci Mulut dan Rendang. Ratusan resipi akan menjadi koleksi pemilik buku istimewa ini.


Pada majlis nanti beberapa pasangan selebriti pilihan diundang menunjukkan kepakaran mereka memasak resipi pilihan. Orang kata, masakan juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

Kepada golongan isteri yang mencari resipi istimewa yang boleh memikat suami sentiasa makan di rumah boleh mendapatkan tiga koleksi resipi yang bakal dipasarkan nanti. Sememangnya UKSB sentiasa menghidangkan keperluan semua orang.

Pada majlis yang sama akan diadakan sambutan ulang tahun majalah Saji yang sudah mencecah usia 15 tahun.