Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Profil Majalah

HIJAB FESYEN
 

HIJAB FESYEN adalah majalah berkonsepkan panduan fesyen muslimah bagi remaja dan dewasa. Antara yang dimuatkan adalah Hijab Demo, Aksesori, Tip Kecantikan, Solekan, Kesihatan, Gaya Hidup, Personaliti Berhijab, Gajet & Pilihan Bersantai.

Terbitan Pertama julai 2013
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Wanita
Sasaran Pembaca 20 - 39 tahun
Frekuensi  Bulanan
Harga RM 9.00 (Semenanjung M’sia) 

 

 

WANITA
  Ibarat usia mematangkan minda, WANITA diterbitkan pada Ogos 1969 merupakan majalah berbahasa Melayu yang terulung untuk kaum wanita di Malaysia. Nadi dan jiwa WANITA menjadi bukti kepada tahap daya pemikiran yang dicapai oleh kaum wanita di Malaysia, konsep barunya yang segar direka khas untuk melambangkan wanita masa depan.

Berkonsepkan majalah untuk wanita, majalah ini memberi fokus terhadap wanita dan kerjaya.  Ianya memaparkan kejayaan wanita dalam menempuh cabaran hidup dan merealisasikan impian. 

Majalah WANITA memaparkan berbagai topik dari percintaan, perkahwinan, kekeluargaan, kerjaya, kewangan, fesyen, kesihatan, hiasan rumah dan berbagai topik yang pasti menarik untuk kaum hawa. WANITA sememangnya majalah untuk wanita Malaysia.

Terbitan Pertama Ogos 1969
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Wanita
Sasaran Pembaca 25 - 39 tahun
Edaran 40,000
Frekuensi Bulanan
Pembaca 420,000 (Media Index Q4/10)
Harga RM 7.00 (Semenanjung M’sia)

 

HARMONI

HARMONI ialah sebuah majalah kekeluargaan yang banyak memberi fokus kepada isu-isu kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti pengurusan rumahtangga dan kewangan, psikologi keluarga, pendidikan anak-anak, kesihatan, masakan, kraftangan serta banyak lagi tip-tip ringkas dan padat. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia wanita dan keluarga mereka turut diketengahkan.  

Sebagaimana tajuk majalah ini, HARMONI bermatlamat membina keluarga harmoni dan ibubapa yang berjaya.

Terbitan Pertama 26 September 2004
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Keluarga
Sasaran Pembaca 20 - 39 tahun
Edaran 50,000
Frekuensi Dwi Bulanan
Harga RM 5.00 (Semenanjung M’sia)

 

SAJI
Majalah masakan dalam Bahasa Melayu yang popular di negara ini.  Semenjak tahun 1995 hingga kini, SAJI membawa pembacanya menjelajahi dunia gastronomi yang menyelerakan setiap bulan dengan pelbagai ciri dari pemakanan seimbang yang lazat untuk kesihatan, resipi-resipi idaman oleh juru-juru masak dan orang-orang yang masyhur, petua-petua yang berguna hingga ke berita terkini tentang hal-ehwal masakan di seluruh dunia.

Sesuai dengan namanya, majalah SAJI juga menjanjikan hidangan yang mengusik tunas selera dalam bentuk gambar foto hidangan masakan yang sungguh menyelerakan.
SAJI juga menyajikan pembacanya dengan reviu tempat ’makan’ dan restoran di Malaysia; juga produk makanan terkini yang berada di pasaran serta resipi-resipi baru bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

Selain memapaparkan resipi yang menarik, SAJI juga mengendalikan bengkel memasak serta pertandingan memasak untuk para pembacanya.

Terbitan Pertama 22 Julai 1995
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Masakan
Sasaran Pembaca 20 - 45 tahun
Edaran 50,000
Frekuensi Bulanan
Pembaca 129,000 (Media Index Q4/10)
Harga RM 7.00 (Semenanjung M’sia)

 

URTV
URTV tetap bersemangat, berwarna-warni dan menghiburkan sebagaimana ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1970. URTV tidak pernah lapuk ditelan zaman kerana ia mampu bertahan sebagai salah sebuah majalah hiburan yang popular di Malaysia yang mengikuti dengan rapat, kalau pun tidak menerajui, perubahan zaman.

Menjaminkan kekaguman kepada pembaca, URTV membuat liputan yang tajam dan tegas, serta pantas terhadap berita dan peristiwa terkini sekitar dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Gambar-gambarnya yang menarik mencuit hati pembacanya. Bergaya dan juga menguja.

Terbitan Pertama 15 Januari 1970
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Hiburan
Sasaran Pembaca 20 - 39 tahun
Edaran 45,000 (setiap keluaran)
Frekuensi Dwi Bulanan
Pembaca 52,000 (Media Index Q4/10)
Harga RM 5.00 (Semenanjung M’sia)

 

MASTIKA
Selama lebih daripada 65 tahun, majalah bulanan MASTIKA dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi koleksi kisah benarnya mengenai pengalaman sebenar namun sukar dipercayai dalam hidup seseorang serta kisah daripada khazanah cerita rakyat tempatan kita.

Bagi mereka yang skeptik atau curiga, yang menganggap petua-petua lama itu sebagai kolot atau karut, MASTIKA mungkin mempunyai sesuatu yang cukup sesuai dalam halamannya yang membolehkan para pembacanya terfikir sebaliknya.

Pembongkaran isu-isu panas dan eksklusif melalui penulisan penyiasatan telah membuka mata masyarakat terhadap gejala sosial seperti Black Metal, kekejaman, isu moral dan ajaran sesat. Ini semua bertujuan memberi pengajaran dan nasihat untuk semua.

Hal inilah yang telah dapat meletakkan MASTIKA sebagai majalah yang paling tinggi jualannya di Malaysia selama ini.

Terbitan Pertama 1 Jun 1941
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Kemasyarakatan
Sasaran Pembaca 15 tahun ke atas
Edaran 200,000
Frekuensi Bulanan
Pembaca 350,000 (Media Index Q4/10)
Harga RM 4.50 (Semenanjung M’sia)

 

 

AL-ISLAM
AL-ISLAM memberi tumpuan kepada Islam sebagai cara hidup yang benar serta semua aspek pengajaran agama Islam, pandangan, sejarah, inovasi dan berita dari negara-negara Islam dan seluruh dunia. Lazimnya ia mengandungi wawancara dengan tokoh-tokoh agama, ahli-ahli politik yang terkenal, para cendekiawan dari dunia pendidikan, serta ruang khas tentang ibadah dan Tasauf, analisis dan penemuan dalam Islam, ulasan buku, soal  jawab agama dan pelbagai topik yang menarik.

AL-ISLAM memberi gambaran yang lebih jelas mengenai agama Islam dan bagaimana ia sesuai dalam kehidupan seharian.

Terbitan Pertama 1 Januari 1974
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Islam
Sasaran Pembaca 15 tahun ke atas
Edaran 35,000
Frekuensi Bulanan
Harga RM 5.50 (Semenanjung M’sia)

 

 

INFINITI

INFINITI, sebuah majalah berbahasa Melayu yang berkonsepkan gabungan antara X-Fail, ilusi, realiti dan sains.

Terbitan Pertama Jun 2009
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Sains Fiksyen
Sasaran Pembaca 15 tahun ke atas
Edaran 30,000
Frekuensi Bulanan
Harga RM 4.50 (Semenanjung M’sia)

 

I SIHAT
I-SIHAT ialah sebuah majalah yang memaparkan isu-isu dunia perubatan serta penduan menjalani kehidupan yang sihat.
Ia juga padat dengan info berguna mengenai kesihatan dan penyakit, pemakanan, kecergasan, kecantikan dan gaya hidup sihat.

Terbitan Pertama July 2006 / Jun 2010
Bahasa Bahasa Melayu
Konsep Kesihatan
Sasaran Pembaca 15 tahun ke atas
Edaran 25,000
Frekuensi Bulanan
Harga RM 6.00 (Semenanjung M’sia)