Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP



1.     Tebal manuskrip antara 350-450 saiz A4 atau 80.000 patah perkataan. Jaraknya 1.5 spacing menggunakan perisian Microsoft Office Word, format PDF atau Doc. Saiz font 12 dan menggunakan Times New Roman.

2.     Tema dan genre adalah bebas (kekeluargaan, misteri, cinta, seram, aksi, islamik dan sebagainya)

3.     Manuskrip hendaklah dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding. Manuskrip hendaklah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.

4.     Karya yang dihantar mestilah kreatif, jalan cerita yang menarik, bermoral,unik dan ada kelainan daripada karya di pasaran. Kami berhak menolak karya anda jika dirasakan tidak bersesuaian. Sebaiknya elakkan cerita yang berunsur politik perkauman dan adegan yang keterlaluan.

5.     Sila pastikan bahawa manuskrip yang anda hantar kepada kami tidak dihantar kepada penerbit lain untuk mengelakkan timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

6.     Sertakan sinopsis cerita, nama penuh, nombor kad pengenalan,nama pena,alamat surat menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda untuk dihubungi.

7.     Penggunaan selain Bahasa Melayu dalam manuskrip dibolehkan tetapi tidak melebih 10 peratus daripada keseluruhan manuskrip, bagaimanapun ia bergantung kepada kesesuaian jalan cerita manuskrip.

8.     Sekiranya manuskrip anda pernah diterbitkan dalam bentuk e-novel, nyatakan alamat blog tersebut.

9.      Setiap karya akan dinilai daripada aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.

10.  Tempoh penilaian manuskrip adalah antara 3-6 bulan mengikut giliran. Pihak UKSB akan menghubungi anda sekiranya manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Jika kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, pihak kami berhak menolak karya anda.

11.  Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan).

12.  Kami memerlukan surat akuan penyerahan manuskrip daripada anda. Nyatakan bahawa manuskrip yang disertakan itu ialah karya asli anda. Sila tandatangan surat akuan tersebut dan hantarkan bersama manuskrip.

13.  Manuskrip hendaklah dihantar sendiri atau dikirimkan ke UKSB kepada:

Jawatankuasa Novel UKSB,

Utusan Karya Sdn Bhd.
Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10,
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tel-03 89262999 (Nuri/Aishah)
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it   This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(penghantaran melalui e mel tidak digalakkan untuk fail melebihi 5MB).
Tarikh tutup penghantaran sesi kedua ialah 30 Disember 2015.

Muat Turun Borang Akuan di Sini.