Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Anugerah Hijabi Mestika Kembali!

IMG 5977

Rentetan kejayaan Anugerah Hijabi Mestika 2014/2015 pada Mac lalu, sekali lagi  acara ini diteruskan untuk mencari wajah penghias cover majalah fesyen untuk wanita berhijab, Hijab Fesyen. Majlis tersebut diumumkan oleh Hijab Fesyen, majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd pada majlis Penyampaian Cek Replika dan  pengumuman penaja utama bagi Anugerah Hijabi Mestika 2015/2016 yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mac tahun depan.

Majlis disempurnakan dengan penyerahan cek replika oleh pihak penaja yang diwakili Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri kepada Penolong Pengarang Majalah Hijab Fesyen, Azimah Omar yang mewakili pihak Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB). dengan disaksikan Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abdul Rahman.

IMG 5992
Puan Haliza bersama sidang redaksi majalah Hijab Fesyen.

Bawal Exclusive Sdn Bhd, sebuah syarikat popular yang mengusahakan perniagaan tudung bawal berasaskan kain Jepun Voile bertatahkan batu Kristal Swarovski telah berbesar hati menerima tawaran kontrak menjadi penaja utama dengan nilai penajaan RM150,000.00.

Kini penyertaan telah dibuka kepada calon-calon yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini.  Borang penyertaan boleh didapati di dalam majalah Hijab Fesyen bermula keluaran September.

Hanya borang asal yang akan diterima di samping penyertaan yang menepati syarat-syarat dan kriteria yang dikehendaki.