Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Jualan Gudang Utusan Karya tawar diskaun sehingga 90%

Oleh: Wanee Hassan

Bermula 3 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016, Utusan Karya Sdn. Bhd. mengadakan jualan gudang ‘perabih stok’ yang menjual seleksi majalah dan buku keluaran Utusan Karya Sdn. Bhd. dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Sebanyak 10 jenis majalah iaitu Al-Islam, Infiniti, Iman, Wanita, Isihat, Harmoni, URTV, Mastika, Saji dan Hijab Fesyen dijual dengan diskaun sebanyak 25% bagi keluaran yang baru. Bagi keluaran yang lepas pula, pengunjung berpeluang membeli majalah-majalah tersebut dengan harga serendah RM1 sahaja.

Buku-buku BEST SELLER seperti 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim, Hijrah & Hijab, Pemandu Van Jenazah, Durian Untuk Ah Ba, Kemanisan Iman, Geng Cuci Masjid, Barang dan Semua Intovert juga dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga sedia ada di pasaran!

Bukan sahaja buku dan majalah, Tudung Hijab Fesyen turut dijual buat penggemar-penggemar tudung gaya terkini dengan harga yang berpatutan. Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah misteri dan cabutan bertuah. Pencinta majalah dan buku sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini!

Jualan Gudang ini diadakan serentak di empat lokasi iaitu Kompleks Sri Utusan di Seksyen 10 Bandar Baru Bangi, Loji Percetakan Utusan Seberang Jaya, Loji Percetakan Utusan Gong Badak dan Kedai Koperasi Utusan Chan Sow Lin. Sila hubungi talian 03-89243888/3843 untuk maklumat lanjut.


IMG 9743                        Antara buku keluaran Utusan Karya yang berada di Jualan Gudang

IMG 9754                          
Suasana di Lobi Kompleks Sri Utusan di Seksyen 10 Bandar Baru Bangi

IMG 9795                               Food truck Mamee Chef turut bersama-sama memeriahkan
                                           Jualan Gudang di Kompleks Seri Utusan

IMG 9782                  Tudung Hijab Fesyen turut dijual buat penggemar-penggemar tudung gaya terkini