Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Ekspo Buku Malaysia Kini Kembali!


Oleh: Wanee Hassan

web banner_ekspo_buku_malaysia_post


 
Bermula 14 hingga 18 Disember 2016, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan berlangsungnya Ekspo Buku Malaysia dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ekspo ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (National Book Foundation) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur National Library, The Federation of National Writers Association of Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS).

Ekspo Buku Malaysia pada tahun ini merupakan ekspo kali keenam dan akan menghimpunkan 150 gerai yang disertai oleh 60 syarikat penerbit dan pengedar buku dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan China. Antara syarikat yang akan menyertai ekspo tersebut adalah Utusan Karya Sdn. Bhd.. Pelbagai majalah dan buku boleh didapati di gerai Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, Ekspo Buku Malaysia turut menjual pelbagai variasi buku yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bermacam lagi. Buku-buku yang dijual juga merangkumi buku-buku daripada pelbagai kategori sesuai untuk peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sebagai contohnya, buku-buku berkaitan bidang perubatan dan komputer.

Bagi memeriahkan lagi ekspo tersebut, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Antaranya adalah seperti pelancaran novel baru dan forum bersama bloggers yang semestinya akan memeriahkan lagi suasana.