Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Bengkel Asas Fotografi Bersama Jurugambar Profesional

b 071A0714

Ketika ini sedang berlangsung Bengkel Asas Fotografi Bersama Jurugambar Profesional di bawah pimpinan saudara Fatah Sulaiman, Aswad Yahya, Shahril Azman Zain dan Razak Latif bertempat di Dewan Karya, Utusan Karya Sdn.Bhd. Seramai 45 orang peserta yang datang dari pelbagai latar belakang mengikuti bengkel selama 2 hari ini bermula hari ini 6 Dis - 7 Dis 2017.

Hari ini peserta diajar tentang asas fotografi secara teori, fungsi kamera DSLR, aksesori, cara-cara mengawal exposure, teknik pemetaan gambar, titik fokus, komposisi, fungsi pendakap lampu dan sebagainya.

Sebanyak 4 modul dan 1 pratikal telah disediakan. Pembelajaran pada hari ini, lebih kepada teori dan keesokkan harinya akan di ajar secara pratikal berkaitan fotografi studio, potret, perkahwinan dan fotografi sukan.