Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Haiza, Johan & Nabila Meriahkan Sajian Amal Bubur Lambuk
1-6


SELASA, 6 Jun yang lalu, acara Sajian Amal Bubur Lambuk Ke-3 Tahun 2017 oleh Majalah Saji, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular, Haiza, Johan As’ari dan Nabila Razali apabila mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Selangor. 


 
 
 Johan As’ari                 
                                          Johan As’ari mengagihkan bubur lambuk




Haiza
                                                                                 Haiza sporting turun padang


Nabila Razali
                                                Nabila Razali yang semakin popular dengan lagu Cemburu


Proses Penyediaan Bubur Lambuk

Ihsan Dari : Portal Mangga Media ( www.manggamedia.com.my )


 
Ustaz Kazim Jawab Soalan Peminat
ustaz-kazim

PEMINAT buku agama dan Ustaz Mohammad Kazim Elias khususnya, pasti teruja dengan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), bertajuk Cer Kome Tanye, UKE Jawab yang merupakan hasil usaha penceramah kesayangan mereka.


Buku ini merupakan usaha sama antara UKSB dengan Mingguan Malaysia, iaitu akhbar. Cer Kome Tanye, UKE Jawab mengumpulkan 300 soalan, dan dijawab oleh Ustaz Kazim dalam ruangan tetap beliau dengan tajuk yang sama di akhbar Mingguan Malaysia sejak tahun 2014.

Majlis pelancaran buku ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 29 April 2017 yang lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa 2017 yang berlangsung di sana. Ketika majlis, Ustaz Kazim turut meluangkan masa memberi ceramah serta bertemu peminat.

Istimewanya dalam buku ini Ustaz Kazim menyertakan 10 soalan tambahan sebagai `hadiah eksklusif’ kepada para pembaca. Soalan-soalan itu tidak pernah disiarkan di Mingguan Malaysia.

Pelbagai soalan berkaitan hukum agama dijawab oleh Ustaz Kazim. Bab Ibadah misalnya merangkumi pelbagai soalan berkaitan solat, umrah dan haji, serta puasa dan zakat. Bab Muamalat menjawab pertanyaan mengenai jual beli, manakala Bab Munakahat pula merungkai pelbagai masalah hubungan suami isteri dan keluarga.

Soalan paling banyak ditanya ialah dalam Bab Umum yang berkaitan aneka isu masyarakat membabitkan permasalahan wanita, hias diri dan kecantikan, serta masalah hubungan cinta. Malah ada bahagian di mana para pembaca boleh mendapat petua dan amalan untuk keluarga.

Cer Kome Tanye, UKE Jawab merupakan buku kedua daripada Ustaz Kazim terbitan UKSB selepas edisi kulit tebal 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pembaca.

Buku ini diharap dapat memberi pencerahan dan membuka hati para pembaca untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, mengatur hidup mengikut ajaran agama serta mengikut jalan yang diredhai-Nya.

Pihak-pihak yang ingin membuat tempahan awal dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan buku berkenaan boleh menghubungi UKSB di Tel: 03-89262999/016-6586278 (En. Rosli Hanafi) atau Bahagian Pemasaran Utusan di talian 03-89243888/3977/013-6819197 (Cik Munira Adnan).


COVER-KAZIM-2-1         
Ihsan dari : Insta Online

 
 
OKI SETIANA DEWI Berdakwah Untuk Kebaikan, Tak Melenting Kecaman Haters
2

SANGAT lembut, bernas dan lancar tutur kata aktres merangkap penceramah motivasi Islamik popular Indonesia, Oki Setiana Dewi, 28, saat mengendalikan sebuah program kisah teladan di sebuah stesen televisyen di negaranya.


Malahan, sudah menjadi tular satu video yang dikendalikannya membicarakan kisah teladan berjudul ‘Suamiku Tak Pernah Mencintaiku.’

Baca cerita menarik juri gema gegar vaganza ini di portal Mangga Media di
https://manggamedia.com.my/oki-setiana-dewi-berdakwah-untuk-kebaikan-tak-melenting-kecaman-haters/
 
Majlis Pelancaran Wajah Baru Harmoni & Infiniti
lancar-1

HARMONI DAN INFINITI
, majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd anak syarikat Utusan Melayu (M) 
Berhad menganjurkan Majlis Pelancaran Wajah Baru di Dewan Besar Utusan, Chan Sow Lin, pada hari ini.

Majalah HARMONI telah berusia 12 tahun di pasaran sejak 26 September 2004 lalu. Bersandarkan kepada tagline Gaya Hidup Keluarga Harmoni, Majalah Harmoni terus mewarnai dunia penerbitan majalah di negara ini dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Majalah bulanan berkonsepkan kekeluargaan dan kewanitaan ini adalah medium perkongsian ilmu yang mencakupi kehidupan dan rutin harian dalam keluarga dan masyarakat. Kini, Harmoni diibaratkan seperti wanita muda yang mahukan medium bacaan yang berkualiti, santai serta berinformasi.

“2017, perubahan yang dibuat hari ini adalah penambahbaikkan kepada pengisian yang lebih mantap dan dinamik untuk sajian pembaca. Persembahan aturletak juga dikemaskini agar lebih selesa untuk pembaca membelek helaian demi helaian naskah ini”, kata Puan Siti Hajar Mahmud, Penolong Pengarang HARMONI.

Selain itu, HARMONI diberi nafas baru dengan adanya kolum Q&A bersama Dr. Gee, Kultum (kuliah tujuh minit) bersama Ustazah Nor. Segmen yang memberi input terkini buat ibu bapa dari aspek perubatan dan kerohanian. Penulis yang tidak asing lagi iaitu Normala Hamzah berkongsi pengalaman dunia sosialnya melalui kolum Tinta Normala Hamzah. Setiap coretan adalah daripada pengalaman peribadi beliau selama lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan.

Segmen untuk lelaki juga dipersembahkan dengan informasi terkini meliputi ruangan gaya, fesyen, psikologi, kesihatan, gajet dan pemotoran.

Sudah menjadi trend hari ini ramai yang suka melancong, malah aktiviti melancong sudah sedia tercatat dalam kalendar tahunan bagi sesebuah keluarga. Jurnal Kembara adalah kisah percutian ke destinasi dalam dan luar negara yang menjadi inspirasi bagi mereka yang tercari-cari destinasi pelancongan. Mana tahu kisah yang dipaparkan itu mampu memberi idea buat pembaca HARMONI.

Bagi Majalah Infiniti pula, ia adalah majalah bulanan menjurus kepada sains fiksyen berbahasa Melayu berkonsepkan gabungan X-Fail, ilusi, realiti dan sains. Majalah ini telah mendapat tempat di hati pembaca sejak Jun 2009 iaitu 7 tahun yang lalu.

Kini, tiba masanya INFINITI berubah wajah. Unsur dinamik dimasukkan dalam wajah baru INFINITI kali ini. Perjuangan untuk membuka pemikiran melalui sains diteruskan dengan pemaparan cerita-cerita yang lebih energik dalam mengetengahkan kerangka pemikiran logik sains yang terarah kepada nilai sejagat.

Menurut Encik Zaidi Senapi, Penolong Pengarang INFINITI, selain mempunyai masthead baru rekaletak INFINITI juga diberi nafas baru dengan beberapa perubahan pada gaya persembahan. Unsur eksklusif diterjemahkan dalam cerita ini melalui temu bual pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk menjawab persoalan dan memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang diketengahkan sesuai dengan pemikiran logik sains”,

Era globalisasi sains terkini memerlukan pemikiran kritis pembaca dalam menterjemahkan sains dalam kehidupan seharian mereka. Topik Inovasi adalah antara topik yang bakal diketengahkan pada edisi baru globalisasi sains terbuka. Bagi memantapkan lagi pengukuhan dalam bidang sains astronomi, sebuah kolum khas bakal diperkenalkan. Kolum ini akan bercerita tentang dunia di atas langit dengan fakta dan jelas melalui pemerhatian teleskop.

Ruangan baru ini dibuka selepas mengambil kira, kepentingan arus perdana dalam kajian eroangkasa. Dulu, hanya pemancing saja yang ambil tahu, bila akan berlakunya pasang surut air laut. Kini, setiap orang berpeluang mengetahui, bagaimana perkara ini berfungsi dalam kehidupan seharian mereka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ybhg Datuk Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Ybhg Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Ybhg Datuk Mohd Hassan Mohammed Nor, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Yang Berusaha Encik Arffin Nordin dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn Bhd. Tidak ketinggalan, penghias wajah muka depan Majalah HARMONI bagi keluaran Januari 2017, Rita Rudaini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja bersama iaitu DMS dan BIANCO MIMOSA atas tajaan wang tunai yang diberikan. Tidak ketinggalan rakan strategik dari KASHFI ZULKUFLI CREATION bagi pertunjukan fesyen eksklusif ROSEZELLA, DUALARIS EVENT SDN BHD bagi dekorasi dewan serta hiasan meja, MINAZ bagi tajaan persalinan baju krew, SHAWLBYVSNOW serta penaja-penaja lain iaitu ABSOLUTE NR, ALHA, ARIANI TEXTILE, ASYIKIN EXCLUSIVE, AVON, FAIRY LADY, FARMASI COLOUR COSMETIC, MAMEE-DOUBLE DECKER, MUSTIKA RATU, OLI CANDY, SAFI , SATIN TURKEY, SERI PACIFIC, SIRIUS EXCEL, SPA DEDAUN, 4U2 COSMETIC. 

 3-8
 
 
Ekspo Buku Malaysia Kini Kembali!

Oleh: Wanee Hassan

web banner_ekspo_buku_malaysia_post


 
Bermula 14 hingga 18 Disember 2016, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan berlangsungnya Ekspo Buku Malaysia dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ekspo ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (National Book Foundation) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur National Library, The Federation of National Writers Association of Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS).

Ekspo Buku Malaysia pada tahun ini merupakan ekspo kali keenam dan akan menghimpunkan 150 gerai yang disertai oleh 60 syarikat penerbit dan pengedar buku dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan China. Antara syarikat yang akan menyertai ekspo tersebut adalah Utusan Karya Sdn. Bhd.. Pelbagai majalah dan buku boleh didapati di gerai Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, Ekspo Buku Malaysia turut menjual pelbagai variasi buku yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bermacam lagi. Buku-buku yang dijual juga merangkumi buku-buku daripada pelbagai kategori sesuai untuk peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sebagai contohnya, buku-buku berkaitan bidang perubatan dan komputer.

Bagi memeriahkan lagi ekspo tersebut, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Antaranya adalah seperti pelancaran novel baru dan forum bersama bloggers yang semestinya akan memeriahkan lagi suasana.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 10