Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Pencarian Cover Girl Hijab Fesyen

Anugerah Hijabi Mestika kembali untuk musim kedua. Dapatkan borang penyertaan yang terdapat pada majalah Hijab Fesyen keluaran September dan keluaran seterusnya. 

Jika anda yang kami cari, jangan berlengah lagi, dapatkan majalah Hijab Fesyen dan hantarkan borang penyertaan anda! 

borang new

Contoh borang penyertaan yang terdapat dalam majalah Hijab Fesyen.


Pemenang Anugerah Hijabi Mestika 2014, Farahanim sebagai penghias muka hadapan majalah Hijab Fesyen keluaran Jun 2015.

 
 
Anugerah Hijabi Mestika Kembali!
IMG 5977

Rentetan kejayaan Anugerah Hijabi Mestika 2014/2015 pada Mac lalu, sekali lagi  acara ini diteruskan untuk mencari wajah penghias cover majalah fesyen untuk wanita berhijab, Hijab Fesyen. Majlis tersebut diumumkan oleh Hijab Fesyen, majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd pada majlis Penyampaian Cek Replika dan  pengumuman penaja utama bagi Anugerah Hijabi Mestika 2015/2016 yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mac tahun depan.

Majlis disempurnakan dengan penyerahan cek replika oleh pihak penaja yang diwakili Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri kepada Penolong Pengarang Majalah Hijab Fesyen, Azimah Omar yang mewakili pihak Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB). dengan disaksikan Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abdul Rahman.

IMG 5992
Puan Haliza bersama sidang redaksi majalah Hijab Fesyen.

Bawal Exclusive Sdn Bhd, sebuah syarikat popular yang mengusahakan perniagaan tudung bawal berasaskan kain Jepun Voile bertatahkan batu Kristal Swarovski telah berbesar hati menerima tawaran kontrak menjadi penaja utama dengan nilai penajaan RM150,000.00.

Kini penyertaan telah dibuka kepada calon-calon yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini.  Borang penyertaan boleh didapati di dalam majalah Hijab Fesyen bermula keluaran September.

Hanya borang asal yang akan diterima di samping penyertaan yang menepati syarat-syarat dan kriteria yang dikehendaki.
 
Kemeriahan Kurnia Syawal UKSB
Oleh: Ruhaya Ab. Hamid (Wartawan Majalah Harmoni)

16

Penghujung Syawal lalu, Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan Utusan Karya (KRUKarya) melangsungkan majlis rumah terbuka Kurnia Syawal di Perkarangan Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi. Sambutan rumah terbuka diadakan bertujuan meraikan staff UKSB, keluarga, klien, VIP dan artis dalam satu majlis.


Dalam majlis yang sama turut berlangsung pelancaran produk baru Utusan Karya iaitu label penulisan kreatif, CakciburCreative, logo baru Utusan Karya, wajah baru Mangga Online dan tiga buah buku; Alamak Kantoi Lagi...Eksklusif Dari Fail Mahkamah, Khatimah Cinta Dari Baitullah dan Gula-gula Minda.                                                            

Acara pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi, Encik Azlan Aziz; Ketua Unit Majalah Umum, Encik Zulkarnain Zakaria dan Pengarah Kreatif, Encik Azha Abu Bakar. 

2                   Sewaktu majlis pelancaran label penulisan kreatif, Cakcibur Creative 

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular antaranya Datuk Siti Nurhaliza, ErraFazira, Rozita Che Wan, Hanez Suraya, Mia Sara, Rykal, ZaitonSameon, Amelina, SharifahSyahira dan suami, Maria Arshad, Asfan, HyperAct, HaniSoraya, dan ramai lagi. Datuk Siti turut menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu, Sesuci Lebaran dan Jaga Dia Untukku.

Kurnia Syawal turut dijayakan dengan tajaan daripada Nurul Izzah Katering, TheShepherd, Hotel Concorde, Hotel Concorde In, Hotel Marriot Putrajaya, Rebung Restoran, FAMA, Bidor Station Kopitiam, Saloma Bistro, Hotel PalmGarden, JM Bariani, Sambal andSauce, Awang, Awin, Dara Anggun, Zai, Juasa, Badan Keluarga Utusan Melayu, Shaklee dan banyak lagi. Terima Kasih!

                    Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan rumah terbuka Utusan Karya.


 
Wasatiyyah Menyantuni Gelandangan
Oleh: Nur Amirah Tuah ( Wartawan Majalah Infiniti)

Pada 7 Ogos 2015 lalu, telah berlangsungnya program raikan syawal bersama gelandangan anjuran majalah Iman, iaitu salah satu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB). Lokasi yang bertempat di sekitar Maybank Jalan Pudu, Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat untuk mengadakan program tersebut.

Projek yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun dikenali sebagai wasatiyyah dalam pembangunan umat. Dengan kerjasama penuh daripada Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), program ini dilihat sebagai salah satu peluang untuk membina saluran baru dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi, terhadap golongan gelandangan.

 MG_7950
Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.


Program raikan syawal dipenuhi pengisian ilmu tazkirah daripada Ketua Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Norazman bin Amat dan diselang-selikan dengan persembahan buskers daripada kumpulan The Kodox’s. Para gelandangan turut menerima sumbangan makanan dan goodie bag tajaan daripada pihak Yeo’s, Julie’s, Boboiboy serta Air Anugerah.

Aktiviti amal ini dihadiri oleh Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) sendiri, Dato’ Haji Mohd Yusof Din, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah UKSB, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman, Pengurus Kanan Operasi UKSB, Encik Azlan Abdul Aziz, Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Encik Zulkarnain Zakaria, wakil daripada Baitulmal, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan serta para sukarelawan daripada pelbagai pihak.

 MG_7823

 
1MKL Saturday Charity Carwash (KL Tower - URTV)
934865 754812977906404_8242097377576284375_n

Event Amal KL Tower, URTV & WAPC bersama kanak-kanak down syndrome pada 22 November ini (sabtu) jam 9 pagi hingga 5 Petang. Selain berpeluang bertemu dengan artis kesayangan, aktiviti carwash sambil beramal juga dilakukan. KEPADA sesiapa yang ingin membuat sumbangan berupa wang tunai boleh hubungi di meja majalah URTV : 03-89262999 / 012-9341840
 


Page 3 of 9