Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Kemeriahan Kurnia Syawal UKSB
Oleh: Ruhaya Ab. Hamid (Wartawan Majalah Harmoni)

16

Penghujung Syawal lalu, Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan Utusan Karya (KRUKarya) melangsungkan majlis rumah terbuka Kurnia Syawal di Perkarangan Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi. Sambutan rumah terbuka diadakan bertujuan meraikan staff UKSB, keluarga, klien, VIP dan artis dalam satu majlis.


Dalam majlis yang sama turut berlangsung pelancaran produk baru Utusan Karya iaitu label penulisan kreatif, CakciburCreative, logo baru Utusan Karya, wajah baru Mangga Online dan tiga buah buku; Alamak Kantoi Lagi...Eksklusif Dari Fail Mahkamah, Khatimah Cinta Dari Baitullah dan Gula-gula Minda.                                                            

Acara pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi, Encik Azlan Aziz; Ketua Unit Majalah Umum, Encik Zulkarnain Zakaria dan Pengarah Kreatif, Encik Azha Abu Bakar. 

2                   Sewaktu majlis pelancaran label penulisan kreatif, Cakcibur Creative 

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular antaranya Datuk Siti Nurhaliza, ErraFazira, Rozita Che Wan, Hanez Suraya, Mia Sara, Rykal, ZaitonSameon, Amelina, SharifahSyahira dan suami, Maria Arshad, Asfan, HyperAct, HaniSoraya, dan ramai lagi. Datuk Siti turut menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu, Sesuci Lebaran dan Jaga Dia Untukku.

Kurnia Syawal turut dijayakan dengan tajaan daripada Nurul Izzah Katering, TheShepherd, Hotel Concorde, Hotel Concorde In, Hotel Marriot Putrajaya, Rebung Restoran, FAMA, Bidor Station Kopitiam, Saloma Bistro, Hotel PalmGarden, JM Bariani, Sambal andSauce, Awang, Awin, Dara Anggun, Zai, Juasa, Badan Keluarga Utusan Melayu, Shaklee dan banyak lagi. Terima Kasih!

                    Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan rumah terbuka Utusan Karya.


 
Wasatiyyah Menyantuni Gelandangan
Oleh: Nur Amirah Tuah ( Wartawan Majalah Infiniti)

Pada 7 Ogos 2015 lalu, telah berlangsungnya program raikan syawal bersama gelandangan anjuran majalah Iman, iaitu salah satu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB). Lokasi yang bertempat di sekitar Maybank Jalan Pudu, Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat untuk mengadakan program tersebut.

Projek yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun dikenali sebagai wasatiyyah dalam pembangunan umat. Dengan kerjasama penuh daripada Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), program ini dilihat sebagai salah satu peluang untuk membina saluran baru dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi, terhadap golongan gelandangan.

 MG_7950
Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.


Program raikan syawal dipenuhi pengisian ilmu tazkirah daripada Ketua Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Norazman bin Amat dan diselang-selikan dengan persembahan buskers daripada kumpulan The Kodox’s. Para gelandangan turut menerima sumbangan makanan dan goodie bag tajaan daripada pihak Yeo’s, Julie’s, Boboiboy serta Air Anugerah.

Aktiviti amal ini dihadiri oleh Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) sendiri, Dato’ Haji Mohd Yusof Din, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah UKSB, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman, Pengurus Kanan Operasi UKSB, Encik Azlan Abdul Aziz, Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Encik Zulkarnain Zakaria, wakil daripada Baitulmal, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan serta para sukarelawan daripada pelbagai pihak.

 MG_7823

 
1MKL Saturday Charity Carwash (KL Tower - URTV)
934865 754812977906404_8242097377576284375_n

Event Amal KL Tower, URTV & WAPC bersama kanak-kanak down syndrome pada 22 November ini (sabtu) jam 9 pagi hingga 5 Petang. Selain berpeluang bertemu dengan artis kesayangan, aktiviti carwash sambil beramal juga dilakukan. KEPADA sesiapa yang ingin membuat sumbangan berupa wang tunai boleh hubungi di meja majalah URTV : 03-89262999 / 012-9341840
 
Rumah Terbuka Utusan Karya Berlangsung Meriah!


(Oleh: Liyana Mangga Online (www.manggaonline.com.my) / Foto: UNIT FOTO UKSB)

Tanggal 26 Ogos yang lalu berlangsungnya majlis Rumah Terbuka Utusan Karya beserta pelancaran buku bertempat di Kompleks Sri Utusan, Bangi. Majlis yang bermula jam 12 tengah hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para artis dan media.

Antara yang hadir adalah pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Zaiton Sameon, Hisyam Hamid, Khai dan Rosma, Dazrin Kamarudin, Betty Benafe, Sherry Ibrahim, Radhi OAG, Sabhi Saddi, Tegar dan ramai lagi.
 
Selain itu majlis turut diadakan majlis pelancaran dua buku keluaran khas oleh Utusan Karya iaitu Kisah Aneh & Iktibar Pemandu Van Jenazah (Siri 2): Tangisan Dari Keranda serta Cerita Dari Mekah (Siri 5): Suara Ghaib Dari Kaabah.
 
Turut hadir Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Utusan Melayu, YBhg. Tan Seri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Utusan, Encik Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi, Encik Azlan Naim Abdullah.
 
Jangan lupa saksikan video kemeriahan rumah terbuka Utusan Karya!




 
 
UKSB Lancar 2 Buku Sekaligus


Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?
(Oleh: NORIMY AIMI / Foto: UNIT FOTO UKSB)


MESKIPUN bahan bacaan bercorak keIslaman membanjiri pasaran tanah air namun dua buku baru terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) iaitu Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat pada buku-buku lain.

Saat Izrail Cabut Nyawaku memaparkan kejadian-kejadian aneh dan iktibar yang berlaku pada saat-saat terakhir sebelum kematian seseorang. Semuanya merupakan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita tetapi tidak pernah didedahkan. Antara individu yang berkongsi pengalaman dalam buku ini ialah pendakwah terkenal, Ustaz Dr. Mohd. Izhar Ariff dan Ustaz Hanafiah Malek, penyanyi Alyah, Ali XPDC dan Siti Nordiana.

Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? pula menghidangkan pelbagai bukti dan hujah tentang keagungan mukjizat al-Quran yang jauh mendahului sains. Buku yang dipersembahkan secara berwarna ini disertakan dengan fakta-fakta ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca.   
 


Page 4 of 10