Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
1MKL Saturday Charity Carwash (KL Tower - URTV)
934865 754812977906404_8242097377576284375_n

Event Amal KL Tower, URTV & WAPC bersama kanak-kanak down syndrome pada 22 November ini (sabtu) jam 9 pagi hingga 5 Petang. Selain berpeluang bertemu dengan artis kesayangan, aktiviti carwash sambil beramal juga dilakukan. KEPADA sesiapa yang ingin membuat sumbangan berupa wang tunai boleh hubungi di meja majalah URTV : 03-89262999 / 012-9341840
 
Rumah Terbuka Utusan Karya Berlangsung Meriah!


(Oleh: Liyana Mangga Online (www.manggaonline.com.my) / Foto: UNIT FOTO UKSB)

Tanggal 26 Ogos yang lalu berlangsungnya majlis Rumah Terbuka Utusan Karya beserta pelancaran buku bertempat di Kompleks Sri Utusan, Bangi. Majlis yang bermula jam 12 tengah hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para artis dan media.

Antara yang hadir adalah pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Zaiton Sameon, Hisyam Hamid, Khai dan Rosma, Dazrin Kamarudin, Betty Benafe, Sherry Ibrahim, Radhi OAG, Sabhi Saddi, Tegar dan ramai lagi.
 
Selain itu majlis turut diadakan majlis pelancaran dua buku keluaran khas oleh Utusan Karya iaitu Kisah Aneh & Iktibar Pemandu Van Jenazah (Siri 2): Tangisan Dari Keranda serta Cerita Dari Mekah (Siri 5): Suara Ghaib Dari Kaabah.
 
Turut hadir Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Utusan Melayu, YBhg. Tan Seri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Utusan, Encik Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi, Encik Azlan Naim Abdullah.
 
Jangan lupa saksikan video kemeriahan rumah terbuka Utusan Karya!




 
 
UKSB Lancar 2 Buku Sekaligus


Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?
(Oleh: NORIMY AIMI / Foto: UNIT FOTO UKSB)


MESKIPUN bahan bacaan bercorak keIslaman membanjiri pasaran tanah air namun dua buku baru terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) iaitu Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat pada buku-buku lain.

Saat Izrail Cabut Nyawaku memaparkan kejadian-kejadian aneh dan iktibar yang berlaku pada saat-saat terakhir sebelum kematian seseorang. Semuanya merupakan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita tetapi tidak pernah didedahkan. Antara individu yang berkongsi pengalaman dalam buku ini ialah pendakwah terkenal, Ustaz Dr. Mohd. Izhar Ariff dan Ustaz Hanafiah Malek, penyanyi Alyah, Ali XPDC dan Siti Nordiana.

Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? pula menghidangkan pelbagai bukti dan hujah tentang keagungan mukjizat al-Quran yang jauh mendahului sains. Buku yang dipersembahkan secara berwarna ini disertakan dengan fakta-fakta ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca.   
 
KARNIVAL JUALAN GUDANG TERBESAR KOOP MATRADE

JOM ke Gerai UTUSAN KARYA (UKSB)

di KARNIVAL JUALAN GUDANG TERBESAR KOOP MATRADE di MATRADE EXHIBITION & CONVENTION CENTRE, Jalan Duta, Kuala Lumpur

RABU (18/12/2013) 

12.30 tengah hari (Pentas Utama)
PELANCARAN BUKU KOMPILASI
(i) Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?
(ii) Saat Izrail Cabut Nyawaku
(dirasmikan oleh Pengerusi MATRADE , Datuk Noraini Ahmad)

2.00 petang (Gerai UKSB)
Sesi autograf oleh penulis buku-buku kompilasi

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

KHAMIS (19/12/2013)

11.00 pagi hingga 1.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN MEWARNA Majalah IBU & ANAK
(terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

JUMAAT (20/12/2013)

11.00 pagi hingga 1.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN MEWARNA (Majalah IBU & ANAK)
(terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)

12.00 tengah hari hingga 3.00 petang (Pentas Utama)
PERTUNJUKAN FESYEN BERHIJAB (Majalah HARMONI & HIJAB FESYEN)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

SABTU (21/12/2013)

10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Hadapan Pentas Utama)
PERTANDINGAN GUSTI LENGAN Peringkat Awal & Separuh Akhir (Majalah INFINITI)

12.00 tengah hari hingga 3.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN AKHIR MODEL SEARCH (Majalah MANGGA)
- Persembahan Shikin Dangdut, Nadia AF & Maya Matahari

2.00 petang hingga 4.00 petang (Gerai UKSB)
SESI AUTOGRAF OLEH PENULIS BUKU MATA TAK BERHIJAB , ZULKIFLI AHMAD

3.00 petang hingga 5.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN AKHIR GUSTI LENGAN (Majalah INFINITI)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

AHAD (22/12/2013)

11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Pentas Utama)
TARIAN POCO-POCO (Majalah I SIHAT)

3.00 petang hingga 5.00 petang (Pentas Utama)
KONSERT MINI (Majalah URTV)
- Mawi, Aweera, Ayu Damit, Jay Jay, Taleeb Mirdat, Rahmat Mega, Zaiton Sameon & Along Cham

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
- Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah
 
HIJAB FESYEN ‘BUAH TANGAN’ TERBARU UKSB
hijabFesyenLaunching


(Oleh: NORIMY AIMI / Foto: UNIT FOTO UKSB)

PERKEMBANGAN hebat dalam dunia fesyen Muslimah di negara ini mendorong Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) menerbitkan majalah bercirikan 
gaya hidup wanita Muslimah.

Produk terbaru daripada UKSB ini diberi nama Hijab Fesyen. Ia dilancarkan dalam satu majlis penuh warna-warni di Laman UKSB, Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 3 September lalu.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin. 

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah Eksekutif UKSB, Badrul Azhar Rahman dan Ketua Pegawai Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri.

Hijab Fesyen setebal 180 muka surat ini merupakan sebuah majalah bulanan. Ia mula diperkenalkan kepada pasaran tanah air sejak Julai lalu.

Datuk Siti Nurhaliza menghiasi muka hadapan keluaran sulung Hijab Fesyen.

Keluaran berikutnya (Ogos 2013), aktres terkenal Eja pula ditampilkan sebagai penghias muka hadapan majalah ini.

Terkini iaitu untuk keluaran September 2013, pengacara program ‘Hijab Stailista’ terbitan TV9 iaitu Ameera Zaini ditampilkan di kulit hadapan majalah ini. 

Hijab Fesyen yang berharga RM9.00 ini memenuhi selera wanita-wanita yang ingin mengikuti perkembangan fesyen Muslimah terkini.

Sementara itu, selaras dengan konsep Hijab Fesyen maka semasa majlis pelancaran majalah ini, sebuah pertunjukan fesyen Muslimah dipersembahkan buat para tetamu.

Seramai 12 orang peragawati menggayakan baju rekaan beberapa butik Muslimah terkenal iaitu Buttonmy Buttons, Ainon Kaman, Suci by Yatt 
Hamzah, Hijrah Couture dan Koleksi Cahaya Kasih. (PORTAL UKSB)
 


Page 5 of 10