Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Wasatiyyah Menyantuni Gelandangan
Oleh: Nur Amirah Tuah ( Wartawan Majalah Infiniti)

Pada 7 Ogos 2015 lalu, telah berlangsungnya program raikan syawal bersama gelandangan anjuran majalah Iman, iaitu salah satu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB). Lokasi yang bertempat di sekitar Maybank Jalan Pudu, Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat untuk mengadakan program tersebut.

Projek yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun dikenali sebagai wasatiyyah dalam pembangunan umat. Dengan kerjasama penuh daripada Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), program ini dilihat sebagai salah satu peluang untuk membina saluran baru dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi, terhadap golongan gelandangan.

 MG_7950
Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.


Program raikan syawal dipenuhi pengisian ilmu tazkirah daripada Ketua Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Norazman bin Amat dan diselang-selikan dengan persembahan buskers daripada kumpulan The Kodox’s. Para gelandangan turut menerima sumbangan makanan dan goodie bag tajaan daripada pihak Yeo’s, Julie’s, Boboiboy serta Air Anugerah.

Aktiviti amal ini dihadiri oleh Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) sendiri, Dato’ Haji Mohd Yusof Din, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah UKSB, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman, Pengurus Kanan Operasi UKSB, Encik Azlan Abdul Aziz, Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Encik Zulkarnain Zakaria, wakil daripada Baitulmal, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan serta para sukarelawan daripada pelbagai pihak.

 MG_7823

 
1MKL Saturday Charity Carwash (KL Tower - URTV)
934865 754812977906404_8242097377576284375_n

Event Amal KL Tower, URTV & WAPC bersama kanak-kanak down syndrome pada 22 November ini (sabtu) jam 9 pagi hingga 5 Petang. Selain berpeluang bertemu dengan artis kesayangan, aktiviti carwash sambil beramal juga dilakukan. KEPADA sesiapa yang ingin membuat sumbangan berupa wang tunai boleh hubungi di meja majalah URTV : 03-89262999 / 012-9341840
 
Rumah Terbuka Utusan Karya Berlangsung Meriah!


(Oleh: Liyana Mangga Online (www.manggaonline.com.my) / Foto: UNIT FOTO UKSB)

Tanggal 26 Ogos yang lalu berlangsungnya majlis Rumah Terbuka Utusan Karya beserta pelancaran buku bertempat di Kompleks Sri Utusan, Bangi. Majlis yang bermula jam 12 tengah hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para artis dan media.

Antara yang hadir adalah pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Zaiton Sameon, Hisyam Hamid, Khai dan Rosma, Dazrin Kamarudin, Betty Benafe, Sherry Ibrahim, Radhi OAG, Sabhi Saddi, Tegar dan ramai lagi.
 
Selain itu majlis turut diadakan majlis pelancaran dua buku keluaran khas oleh Utusan Karya iaitu Kisah Aneh & Iktibar Pemandu Van Jenazah (Siri 2): Tangisan Dari Keranda serta Cerita Dari Mekah (Siri 5): Suara Ghaib Dari Kaabah.
 
Turut hadir Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Utusan Melayu, YBhg. Tan Seri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Utusan, Encik Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi, Encik Azlan Naim Abdullah.
 
Jangan lupa saksikan video kemeriahan rumah terbuka Utusan Karya!




 
 
UKSB Lancar 2 Buku Sekaligus


Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?
(Oleh: NORIMY AIMI / Foto: UNIT FOTO UKSB)


MESKIPUN bahan bacaan bercorak keIslaman membanjiri pasaran tanah air namun dua buku baru terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) iaitu Saat Izrail Cabut Nyawaku dan Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat pada buku-buku lain.

Saat Izrail Cabut Nyawaku memaparkan kejadian-kejadian aneh dan iktibar yang berlaku pada saat-saat terakhir sebelum kematian seseorang. Semuanya merupakan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita tetapi tidak pernah didedahkan. Antara individu yang berkongsi pengalaman dalam buku ini ialah pendakwah terkenal, Ustaz Dr. Mohd. Izhar Ariff dan Ustaz Hanafiah Malek, penyanyi Alyah, Ali XPDC dan Siti Nordiana.

Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? pula menghidangkan pelbagai bukti dan hujah tentang keagungan mukjizat al-Quran yang jauh mendahului sains. Buku yang dipersembahkan secara berwarna ini disertakan dengan fakta-fakta ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca.   
 
KARNIVAL JUALAN GUDANG TERBESAR KOOP MATRADE

JOM ke Gerai UTUSAN KARYA (UKSB)

di KARNIVAL JUALAN GUDANG TERBESAR KOOP MATRADE di MATRADE EXHIBITION & CONVENTION CENTRE, Jalan Duta, Kuala Lumpur

RABU (18/12/2013) 

12.30 tengah hari (Pentas Utama)
PELANCARAN BUKU KOMPILASI
(i) Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?
(ii) Saat Izrail Cabut Nyawaku
(dirasmikan oleh Pengerusi MATRADE , Datuk Noraini Ahmad)

2.00 petang (Gerai UKSB)
Sesi autograf oleh penulis buku-buku kompilasi

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

KHAMIS (19/12/2013)

11.00 pagi hingga 1.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN MEWARNA Majalah IBU & ANAK
(terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

JUMAAT (20/12/2013)

11.00 pagi hingga 1.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN MEWARNA (Majalah IBU & ANAK)
(terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)

12.00 tengah hari hingga 3.00 petang (Pentas Utama)
PERTUNJUKAN FESYEN BERHIJAB (Majalah HARMONI & HIJAB FESYEN)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

SABTU (21/12/2013)

10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Hadapan Pentas Utama)
PERTANDINGAN GUSTI LENGAN Peringkat Awal & Separuh Akhir (Majalah INFINITI)

12.00 tengah hari hingga 3.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN AKHIR MODEL SEARCH (Majalah MANGGA)
- Persembahan Shikin Dangdut, Nadia AF & Maya Matahari

2.00 petang hingga 4.00 petang (Gerai UKSB)
SESI AUTOGRAF OLEH PENULIS BUKU MATA TAK BERHIJAB , ZULKIFLI AHMAD

3.00 petang hingga 5.00 petang (Pentas Utama)
PERTANDINGAN AKHIR GUSTI LENGAN (Majalah INFINITI)

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah

AHAD (22/12/2013)

11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Pentas Utama)
TARIAN POCO-POCO (Majalah I SIHAT)

3.00 petang hingga 5.00 petang (Pentas Utama)
KONSERT MINI (Majalah URTV)
- Mawi, Aweera, Ayu Damit, Jay Jay, Taleeb Mirdat, Rahmat Mega, Zaiton Sameon & Along Cham

9.00 pagi hingga 6.00 petang (Gerai UKSB)
- Peluang bergambar di Studio Penghias Wajah
 


Page 6 of 12