Riuh Rendah Di Batu Pahat |

Oleh Rosparadila Abdul Rahman
LOKASI Hotel The Katerina,Batu Pahat,Johor PESERTA 80 orang
PENAJA Rempah Mak Dara, Kinowell Healthy Kitchen,Beras Faiza, Adabi, Boutique Michael Shu, Nureen's Beauty, VAsia Cosmetics & Healthcare, Superware. |
|
Pertandingan Menulis Esei Majalah Harmoni |
 Luahkan Rasa Kasih Terhadap Ibu Tercinta & Menangi Hadiah Menarik.
Untuk menyertai, anda dikehendaki menghantar esei tidak lebih 300 patah perkataan mengenai ibu anda. Nyatakan keistimewaan, pengorbanan, dan penghargaan ibu dalam mendidik anak-anak sehingga menjadi insan yang berguna.
Tarikh tutup penyertaan pada 10 Mei 2012. Pemenang akan ditentukan oleh panel juri dan keputusan adalah muktamad.
HADIAH ISTIMEWA MENANTI ANDA.
1. Wang Tunai RM 3000
2. Hadiah Percutian Untuk 2 Orang.
3. 2 Hamper Bernilai RM 300
4. Trofi
Untuk Penyertaan, Muat Turun Borang Penyertaan Di Sini. |
Indahnya Hidayah Di Bumi Baitulah |
 Utusan Karya Sdn (UKSB) melancarkan buku terbaru Indahnya Hidayah Di Bumi Baitullah pada 21 Oktober 2010. Ia sebagai kesinambungan daripada larisnya jualan buku yang diproduksikan oleh unit majalah Mastika berjudul Koleksi Terbaik Cerita-Cerita Dari Mekah yang dijual sebelum ini.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, merasmikan pelancaran buku tersebut di Dewan Karya, UKSB, Bandar Baru Bangi, Selangor dalam satu majlis bertemakan dekorasi Arab yang meriah.
Buku tersebut memuatkan pelbagai kisah menarik dan pengalaman peribadi individu yang perrnah menjadi tetamu Allah mengunjungi kota suci Mekah. Dijual dengan harga RM8.90 dan boleh didapati di semua toko buku di seluruh negara. Jangan ketinggalan mendapatkan buku tersebut.
|
Sayangi keluarga dengan WANITA |
 Anda mahu berkongsi rahsia kejayaan, rahsia kecantikan dan amalan kesihatan sempurna? Kalau anda memang mementingkan ciri-ciri ini, anda sebenarnya orang yang tidak boleh melepaskan peluang menyerai bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga Bersama WANITA yang dianjurkan oleh majalah Wanita.
Bengkel ini akan diadakan di Kuala Lumpur, ALor Star, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan mulai Julai ini. Bengkel akan bermula di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 3 Julai mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
|
Insaf: Air mata tertumpah |
 Sesuai dengan judul bukunya, Insaf: Perjalanan Kami Mencari Tuhan, hadirin yang menyaksikan majlis pelancarannya juga bangkit rasa keinsafan dalam diri.
Apatah lagi apabila mendengar pengakuan eksklusif personaliti popular, Datuk Malek Noor, Zeila Jalil dan dR. Sam Rasputin yang kini memilih jalan Allah setelah mendapat hidayah. Mereka sedia meninggalkan dunia glamor apabila semakin mendekati Allah.
|
|
|
|
Page 9 of 12 |