Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Pelancaran i Sihat meriah
Majalah iSihat dilancar dengan meriahnya pada 25 Mei 2010 lalu. Apatah lagi ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di lobi utama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

iSihat ialah sebuah penerbitan UKSB. Ia sebuah majalah berguna yang memaparkan isu-isu dunia perubatan serta penduan menjalani kehidupan yang sihat. Dengan motonya Info Kesihatan, majalah itu bakal menjadi wadah serta bacaan kesihatan utama buat semua individu tanpa mengira peringkat umur.

 
Bangunan baru Kumpulan Utusan


Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad akan memiliki bangunan baru yang menempatkan hampir kesemua staf di bawah satu bumbung pada 2013. Majlis pecah tanah bangunan di Jalan Lima off Jalan Chan Sow LIn itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, semalam.
 
UKSB lancar MMS Saji, Harmoni
Bangi, 22 April 2010 – Majlis menandatangani perjanjian antara Utusan Karya Sdn. Bhd. dan M-Mode Mobile Sdn. Bhd. dijalankan dengan sempurna dan berjaya.

Ia adalah simbolik kepada kata sepakat dan usahasama bagi membangunkan perkhidmatan MMS majalah Saji dan majalah Harmoni yang telah dilancarkan baru-baru ini.

 
URTV hangatkan Kacak Bergaya

Majalah URTV menghangatkan Pencarian Kacak Bergaya 2010, iaitu satu pertandingan pencarian bakat baru lelaki yang ingin mencari tapak dalam bidang seni. Rata-rata peserta mempunyai kecenderungan dalam peragaan dan lakonan.

URTV terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. bertindak sebagai majalah rasmi bagi pencarian yang dibawakan oleh sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia itu. Pencarian itu juga mendapat kerjasama banyak pihak dengan Vigor dari Jamu Mak Dara sebagai penaja utama.
 
Siapa pilihan Juara Lagu?

altPeminat hiburan sedang tertunggu-tunggu siapa agaknya yang akan berjaya membawa pulang trofi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 10 Januari ini.

Apatah lagi setelah lama penyanyi bersaing dalam kategori-kategori, kali ini pertandingan dibuat secara terbuka. Tiada lagi Etnik Kreatif, Balada atau Pop Rock. Hanya kategori terbuka. Tak tahulah pula bagaimana pemilihan dibuat.

Agaknya ada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, kerana sebelum ini ada tiga kategori. Tunggulah 10 Januari ini. Siapa pilihan anda?

 


Page 10 of 12