RUANG PAMERAN UTUSAN KARYA DISERBU |
 KUALA LUMPUR 5 Dis - Ruang pameran dan jualan Kumpulan Utusan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini mendapat sambutan hangat pengunjung.
Seawal pagi delegasi sempat singgah di dewan pameran Kumpulan Utusan dan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebelum memasuki dewan acara.
Jualan hamper pewangi jenama URTV dan tudung Hijab mendapat sambutan menggalakkan. Mug eksklusif yang dihiasi foto pemimpin tertinggi UMNO dengan pakej.bersama pewangi menjadi tarikan utama.
Sementara itu aktiviti Mangga Media bersama penyanyi Kaka Azraf turut menarik perhatian pengunjung. Kaka menyanyi diiringi buskers serta bermesra dengan pengunjung.
Shiha Zikir turut singgah ke booth Airish London. Dia ialah duta kepada produk itu.
Hari ini ruang pameran dikunjungi pemimpin-pimimpin UMNO antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Ir. Idris Harun dan Datuk Jamal Yunus.
Dewan pameran UKSB akan diteruskan esok bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Antara aktiviti yang bakal menghangatkan dewan pameran UKSB esok ialah sesi bersama pelakon Arja Lee dan URTV pada pukul 4.00 petang serta kemunculan Andi Bernadee, Bella Nazari dan Dewi pada pukul 3.00 petang yang dibawakan oleh Mangga Media.
Majalah iSihat membawakan sesi bual bicara kanser payudara bersama Prof. Dr.Norlia Abdullah pada pukul 10.00 pagi.
Majalah Infiniti pula bersama games teka kotak hitam yang mnawarkan hadiah menarik pada pukul 11.00 pagi. |
|

BUKU DAN MAJALAH TERBITAN UTUSAN KARYA SDN BHD
Borong buku & majalah pada 16 - 26 November 2017 yang dibuka setiap hari termasuk Sabtu/Ahad/Cuti Umum, bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
● Diskaun sehingga 90% ● Majalah-majalah keluaran lepas dengan harga RM1Terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya (di Bangi sahaja):1) Isnin 20/11/2017 (12:00pm - 2:00pm)~ Uji keberanian anda bersama INFINITI2) Selasa 21/11/2017 (12:00pm - 2:00pm)~ Menyelami dunia misteri bersama team MASTIKA3) Rabu 22/11/2017 (12:00pm - 2:00pm)~ Demo masak Adabi bersama team SAJI4) Khamis 23/11/2017 (12:00pm - 2:00pm)~ Jom busking bersama Huzz dan artis URTV*************************************************************************Lokasi :● Kompleks Sri Utusan,Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.Nombor Telefon : 03-89243888● Loji Percatakan Gong Badak,Kuala Terengganu, Terengganu.Nombor Telefon : 09-6670170● Loji Percetakan Seberang Jaya,Pulau Pinang.Nombor Telefon : 04-3804212#utusankarya #uksb #jualangudang |
SECRET CORREA PENAJA UTAMA ANUGERAH HIJABI MESTIKA MUSIM KETIGA |
ANUGERAH Hijabi Mestika (AHM) memasuki musim ketiga sebagai acara tradisi bagi mencari penghias kulit majalah Hijab Fesyen terbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama SC Global Resources Sdn. Bhd. yang juga pengeluar produk jenama Secret Correa dengan tajaan tunai berjumlah RM200,000.
Majlis menandatangi memorandum perjanjian usaha sama telah berlangsung di Pejabat Urusan SC Resources bertempat di Bandar Baru Bangi yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nor Azila Azmi. Manakal Utusan Karya pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang, Encik Arffin Nordin.




Seperti penganjuran terdahulu, seramai 10 finalis dipilih untuk peringkat akhir yang bakal berlangsung dalam sebuah majlis gemilang. Pemilihan berdasarkan kriteria utama termasuk ketinggian minimum, perwatakan menarik, umur di bawah 30 tahun dan berpendidikan.
Kali ini AHM bakal menjelajah ke empat zon di Semenanjung Malaysia bermula Disember ini bagi mencari 20 peserta ke separuh akhir sebelum saringan memilih 10 finalis ke pringkat akhir. Penyanyi Ifa Raziah turut dilantik sebagai pengacara pada setiap zon.



Borang penyertaan boleh didapati dalam edisi terbaharu majalah HF yang kini sudah berada di pasaran. Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut ikut Instagram (@hijabfesyen_magz) dan Facebook Hijab Fesyen atau hubungi pejabat Utusan Karya di talian 03-89262999.
|
Bengkel Asas Fotografi Bersama Utusan Karya |

Klik pada gambar atau klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan borang penyertaan. http://utusankarya.com.my/form/borang_bengkel_foto_2017.pdf
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Norhamsinor Baharin - 011-10572630 / 03-89262999 |
Haiza, Johan & Nabila Meriahkan Sajian Amal Bubur Lambuk |
|
|
|
Page 2 of 12 |