Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Majlis Pra Ulang Tahun UrTV yang ke-40

Satu majlis untuk menyambut pra ulang tahun yang ke - 40 majalah no 1 Malaysia, UrTV akan diadakan pada 05.Januari.2010 , bertempat di Dewan Karya, Utusan Karya Sdn. Bhd. jam 3 petang.

Dijangka seramai 50 orang artis dijemput hadir antaranya adalah Nurul, Reza, Farah Fauzana, Liyana Jasmay, Imran Ajmain dan ramai lagi. Sesi potong kek juga turut diadakan bagi menyerikan majlis.

Sebanyak 40 biji kek yang akan di potong bagi simbolik terhadap penerbitan majalah UrTv 40 tahun.

 
Pengumuman penting buat pengguna internet explorer 6

Kepada semua pengguna yang menggunakan browser Internet Explorer 6 (IE6), terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi ketika melayari portal ini.

Anda juga dinasihatkan untuk mengemaskini browser anda kepada:

  1. Mozilla Firefox
  2. Google Chrome
  3. Internet Explorer 7 dan ke atas.


Kami dari pihak Utusan Karya memohon maaf atas gangguan ini dan akan memperbaiki dengan kadar segera.

Terima Kasih.

 
Selamat Datang

Selamat datang kepada semua pengunjung Portal Rasmi Utusan Karya Sdn Bhd.
Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) adalah salah sebuah anak syarikat Utusan (M) Malaysia Berhad, dimana menghasilkan majalah-majalah dan juga jurnal untuk tatapan pembaca sekalian. Kini UKSB melangkah kehadapan dengan kemunculan Portal Utusan Karya yang memuatkan info-info menarik seperti majalah-majalah terbaru keluaran UKSB, Forum perbincangan yang memeberikan kemudahan untuk anda berkongsi, memberi cadangan atau apa-apa sahaja bagi kami meningkatkan produktiviti majalah. Disamping itu, banyak lagi yang akan kami adakan. Teruskan bersama kami dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan yang padu untuk majalah keluaran Utusan Karya Sdn Bhd.

 
Jelajah Silap Mata Bersama Majalah Infiniti

Anda dijemput beramai-ramai berhibur dengan permainan silap mata oleh (Sharil Fuyoo & team)

Lokasi: TESCO Ampang
Tempat: my.NEWS.com
Tarikh: 3hb Januari 2009(Ahad)
Masa: 2 ptg hingga 5 ptg

 
Selamat Tahun Baru 2010

Kami warga kerja Utusan Karya Sdn Bhd, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung portal ini. Semoga azam tahun baru ini menjadi pemangkin untuk kita terus berjaya di masa hadapan.

 


Page 11 of 12