Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
aktiviti
Buku Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga Paling Laris



Buku  Tunjukkan   Aku   Jalan  Ke Syurga muncul sebagai buku yang paling laris di kalangan  pengunjung  gerai buku Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).
Ini dapat dilihat daripada sambutan yang berterusan daripada para peminat menyebabkan bekalan buku tersebut habis dalam tempoh empat hari sahaja dan terpaksa ditambah beberapa ratus naskhah lagi.

Tunjukkan   Aku   Jalan  Ke Syurga merupakan buku produksi majalah Mastika yang baru memasuki pasaran pada Sabtu lalu. Ia dijual pada harga biasa RM12.90 tetapi pengunjung ke pesta buku tersebut diberi harga istimewa iaitu hanya RM10.40.
Buku setebal 212 halaman itu menghimpunkan sebanyak 32 kisah pengajaran dan keinsafan dengan beberapa orang artis serta selebriti terkenal turut berkongsi pengalaman menceritakan penghijrahan diri mereka.

Antara selebriti tersebut adalah Aida Khalida, Farra, Nora J, Sham Kamikaze, Noraniza Idris, Ainina Ahmad B dan Pian Cecupak.

Selain itu,  Tunjukkan   Aku   Jalan  Ke Syurga turut memaparkan kisah-kisah aneh dan iktibar berkaitan alam kematian serta kubur, pembunuhan bayi, pengembaraan minda bawah sedar dan sebagainya.

Salah seorang pengunjung, Farhana Muhammad Nawawi, 24, memberitahu, dia membeli buku tersebut kerana tertarik dengan konsepnya yang bersifat ketuhanan serta mengajak pembaca berubah ke arah kebaikan.

"Senarai ceritanya sangat menarik manakala pengalaman artis-artis yang telah berubah ini perlu dijadikan pengajaran supaya kita insaf serta lebih dekat dengan agama. Semua orang mahu ke syurga, jadi saya rasa saya perlu baca buku ini untuk menambahkan ilmu serta iman," tambah Farhana.

Seorang lagi pengunjung, Roslan Yusoff, 53, dari Butterworth, Pulau Pinang pula membeli buku tersebut kerana cerita-cerita yang dipaparkan sangat sesuai dijadikan motivasi untuk anak-anak terutama golongan remaja yang kini dikelilingi dengan pelbagai masalah sosial.

"Kita semua perlu tahu kenapa seseorang itu berubah sebab ia boleh membantu meningkatkan lagi keimanan, agar kita tidak tersilap memilih  jalan ," jelas Roslan.
Nornoni Sidek, 39, Cheras: “Cerita-ceritanya sangat menarik. Saya pun teringin nak berubah, tetapi untuk berubah kita kena banyak membaca.”

Mohd. Fazlan Abdullah, 37, dari Shah Alam, Selangor: “Saya beli buku ini sebab hendak mengetahui pengalaman orang-orang yang sudah berubah. Pada saya, orang yang hendak berubah dan berhijrah elok baca buku ini. Ia memberikan motivasi dan menjadi panduan hidup.”

Rosnah Lagu, 51, Shah Alam:  “Saya beli buku ini bukan sebab kisah artis-artis, tapi sebab cerita-cerita yang disiarkan sangat menarik. Buku ini amat sesuai untuk bacaan keluaga, agar kita tidak tersalah memilih haluan hidup.”

Mohd. AIman Hariz Mahfuz, 15, SMK Shahbandaraya, Klang: “Saya beli buku Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga untuk menambah ilmu. Ia sebagai panduan hidup dan memantapkan iman.”

Siti Mahayu Nazali, 37, Bandar Sri Putera: “Buku ini untuk jadi bahan bacaan anak-anak saya.”
 
Majlis Pelancaran Majalah Iman
majlis pelancaran iman


Baru-baru ini Utusan Karya Sdn. Bhd. telah melancarkan majalah berkonsepkan keagamaan berjudul Iman bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pelancaran telah disempurnakan oleh  Pakar Oftamologi yang juga merupakan salah seorang kolumnis majalah Iman, Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pengarang UKSB, Badrul Azhar Rahman dan Pengurus Besar Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri.

Menurut Pengarangnya, Noorzila Jamaludin, majalah yang mengandungi 18 kolum ini berkonsep santai penuh berinformasi dan padat dengan nasihat serta peringatan, dipersembahkan dalam bentuk lebih segar agar mudah diterima oleh pembaca pelbagai golongan dari peringkat umur 20 hingga 60 tahun.

“Iman telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembaca sejak berada di pasaran pertengahan Mac lalu.

“Ini kerana majalah ini menekankan nilai-nilai agama serta pembinaan sahsiah diri dan keluarga yang disampaikan menerusi nasihat, bimbingan, peringatan dan motivasi serta menyentuh pelbagai disiplin ilmu seperti akidah, al-Quran dan hadis. Perbandingan agama serta sains daripada perspektif Islam,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut.

Antara kolumnis tersohor yang turut menyumbang artikel dalam majalah Iman ialah tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, Pensyarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Pendakwah Bebas, Ustaz Muhammad Kazim Elias al-Hafiz, Pendakwah Sepenuh Masa, Lim Jooi Soon dan ramai lagi.

Majalah berhalaman 84 muka surat ini mampu memenuhi keperluan rohani pembaca dan boleh dimiliki dengan hanya berharga RM7.  

•    Bersihkah jiwaku, halalkah rezekiku?
•    Luruskah langkahku, teguhkah takwaku?
•    Diampunkah dosaku, diterimakah ibadatku?
•    Aku mencari jalan ke syurga
•    Aku mencari tiang meneguh akidah
•    Aku mencari cahaya menyuluh  syahadah
 
Parti Sweet 17 Mangga meriah dan gamat!
mangga17

Memang best dan gempak habis parti Sweet 17 Mangga yang telah berlangsung di Dewan Utama, Utusan Karya Sdn. Bhd. pada 27 Februari 2012 lalu. Parti Sweet 17 Mangga merupakan sambutan majlis ulangtahun ke-17 majalah hiburan kesayangan pembaca, Mangga.

M4Antara artis yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan Parti Sweet 17 Mangga ini ialah Haiza (pengacara), Kilafairy, Adira, Talha Harith, Syahrul Azwari (pemain bola sepak Harimau Muda), Izham Tarmizi (penjaga gol Harimau Muda), Zain Saidin, Mya, Elveena Iris, Acap (Kristal), Adda (Butterfly), Keroz Nazri, Shila Amzah, Amran Ismail, Dayana (Anak Wayang), Hanez Suraya, Riz Amin, Keena (Mentor), Tameen & Heela, Farawahida, Ardila, Zarul (Umbrella), Fir Affendi, Arm (Juara Mangga Star Search 2009) dan ramai lagi.
M2
Turut hadir ialah Datuk Salmah Ismail dari Emi Q Beauty World selaku penaja utama serta wakil-wakil dari syarikat rakaman, pegawai perhubungan awam dan rakan-rakan industri seni.

Parti Sweet 17 ini telah dikendalikan oleh Haiza selaku pengacara sepanjang majlis. Artis-artis yang membuat persembahan ialah Mahdi Moudini (persembahan silap mata ), Shila Amzah, Farawahida, Elveena Iris, Keena (Mentor), Zarul (Umbrella), Eddy Qalamaya, Heela & Tameen,  Arm (Juara Mangga Star Search 2009) dan ramai lagi.

Tidak lupa, ucapan terima kasih kepada Media Prima Berhad, Astro, Tayangan Unggul, BME Entertainment, Sony Music Malaysia Sdn. Bhd., Far East Offset Sdn. Bhd., Utusan Printcorp Sdn. Bhd., iSentric, Bakeri Ibu, Siti Nurhaliza Production (SNP), Heela & Tameen, Mewah Event Sdn. Bhd., Apple Hijau Bakery, Luv Mila Corporation, Suria FM, Hot FM, BME Entertainment, Haiza, Cherry Talent & Management, Zeel Production, InDigital Sdn. Bhd., Tanah Beris Film Production dan Hotel Quality yang telah menaja kek dalam majlis tersebut.

Penghargaan juga kepada Szemie Artistic and Gallery kerana menaja dekorasi Sweet 17 Mangga.

M3M6


 
Pelancaran Resipi Pilihan Saji
UKSB akan melancarkan tiga buku Resipi Pilihan Saji pada 29 Jun 2010 di Restoran Felda Villa, Jalan Maktab, Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran akan disempurnakan pada pukul 8.00 malam.

Tiga buku yang boleh menjadi koleksi istimewa itu ialah aneka Lauk Pauk, Pencuci Mulut dan Rendang. Ratusan resipi akan menjadi koleksi pemilik buku istimewa ini.
 
Pelancaran buku Insaf
UKSB akan melancarkan sebuah penerbitan baru daripada unit majalah Mastika yang dinamakan Insaf... Perjalanan Mencari Tuhan. Majlis pelancarannya akan diadakan di Dewan Karya, UKSB di Bandar Baru Bangi, Selangor pada pukul 3.00 petang 1 Jun 2010.

Buku tersebut ialah berkonsep kompilasi dan cerita eksklusif individu yang kembali ke jalan Allah setelah berhijrah daripada dunia mereka sebelum ini.

Antara yang dipaparkan ialah cerita Hajah Norkumalasari, seorang model, pelakon dan penyanyi yang kini menjadi suri rumah dan pendidik anak-anak. Noor sudah lama berhijrah dan meninggalkan terus bidang seni kerana penampilannya yang menutup aurat.

Ahli bina badan Malaysia, Malek Noor juga sudah sudah berhijrah kerana sedar selama ini dia banyak lalai dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik.

Turut dimuatkan kisah Ustaz Hanafiah Malek, Ustaz Shohor Bani Leman dan banyak lagi.
Ceritanya juga ada dalam buku Insaf.




 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 3