Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
aktiviti
Anggun 40 Bersama WANITA

NOSTALGIA 40 TAHUN MAJALAH WANITA!

SEJARAH perjalanan majalah kaum Hawa pertama negara, majalah WANITA menjadi tatapan hampir 500 tetamu yang memenuhi Grand Ballroom, Hotel Nikko Kuala Lumpur 13 Ogos lalu yang dipamerkan umum bersempena majlis ulang tahun ke-40 majalah WANITA.

Sambutan ulang tahun itu juga bertujuan menghargai sumbangan bekas-bekas pengarang dan sidang redaksi sepanjang tempoh itu yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga dalam meletakkan majalah kesayangan ramai ini ke satu tahap yang amat membanggakan.

Sembilan pengarang yang pernah menerajui WANITA berkumpul bersama di majlis penuh nostalgia ini. Mereka ialah Nik Rahimah Hassan (1969-1982), Faridah Idris (Ogos 1980-Januari 1983), Maimunah Yusuf (1983-1986), Roseminah Ahmad (Julai 1986-September 1993), Wirda Adnan (Oktober 1993-Julai 1997), Noor Hazani Musa (Oktober 2003-Ogos 2006), Mahani Awang (September 2006-Ogos 2008), Norimy Aimi (Ogos 2008-April 2009) dan Normala Hamzah (Ogos 1997-Oktober 2003) dan kembali semula Mei 2009 hingga sekarang).

Kehadiran bekas-bekas wartawan yang pernah bersama WANITA turut menggamit kenangan lalu. Majlis ini sekali lagi menjadi medan pertemuan semula generasi lama dan baru sidang redaksi WANITA.

Pada majlis yang sama, turut menjadi undangan khas adalah tiga orang pembaca setia WANITA yang mengumpul sebanyak 479 naskhah WANITA sejak ia mula diterbitkan. Mereka ialah Roziah Che Mat dari Sungai Petani, Kedah; Jama’iah Suhaili dari Petrajaya Kuching, Sarawak dan Hajah Sharifah Haji Zainal dari Tanjong Keling, Melaka.

Antara momen yang paling mengujakan adalah kehadiran salah seorang daripada tiga penghias kulit WANITA pertama yang berjaya dijejaki iaitu Zaimah Alias yang kini berusia 60 tahun. Kata-kata pujian meniti di bibir tetamu yang hadir tatkala melihat penampilannya yang masih sihat dan cantik.   

 


Page 3 of 3