Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
aktiviti
URTV dan Kawan di Plaza Angsana


Majalah URTV dan Kawan akan mengadakan acara istimewa untuk peminat mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor  pada 29 dan 30 Mei ini. Mereka akan menyertai Karnival Mingguan Malaysia yang diadakan di situ.

Bagi yang minat menyanyi boleh sertai pertandingan Karaoke URTV pada kedua-dua hari tersebut. Ada hadiah menarik yang akan menanti anda di sana nanti. Jangan terlepas ya.
 
Bengkel Wanita Bersama Setiausaha April ini

altMajalah Wanita sentiasa ingin mendekati setiap lapisan masyarakat. Menjelang bulan April setiap semua tahu pasal bulan sambutan bagi setiausaha.

Sempena itu Wanita akan menganjurkan WANITA Bersama Setiausaha dengan tema Menjana Kerjaya Berhemah, Berjiwa Cemerlang pada 10 April 2010. Jom sertainya.

 
Majlis Pra Ulang Tahun UrTV 40

Oleh: Noor Joha Ahmad
Lokasi: Dewan Karya Sdn Bhd
Tarikh: 05 Januari 2010

 

BUKAN mudah untuk bertahan dalam tempoh yang lama dan menjadi majalah hiburan paling popular, lebih-lebih lagi dengan kebanjiran majalah-majalah hiburan lain di pasaran.

Empat puluh tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk majalah URTV, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) terus berada di pasaran dan bertahan  sebagai legasi majalah hiburan popular bagi Kumpulan Utusan (M) Berhad amnya dan UKSB khasnya.

Tahun 2010 merupakan tahun sambutan ulang tahun majalah tersebut untuk kali  40, dan ia secara rasmi akan disambut pada March nanti.

Bagi sambutan awal dan pra ulang tahunnya, URTV telah mengadakan satu majlis pra ulangtahun ke-40 bertempat di pejabat UKSB di Bangi.

Sambutan yang diadakan secara sederhana tetapi meriah dihadiri hampir 60 artis tanahair. Antara yang mereka ialah Mawi, Ekin, Zoey, Farah AF, Diddy, Emma Akma, Syazliana, Tisha, Rizal,  Nassier Wahab, Nurul, Ramlah Ram, Nabil Mentor, Jac Victor, Jaafar Onn, Pian Cecupak, Amanda, Syed Ali, Nazim Othman, Aliff Satar, Lisdawati, Fauzi Nawawi, , Kumpulan Radio Manual, Shila, Yazid AF dan Airil AF.

Tidak ketinggalan rakan-rakan juruhebah dari stesen Sinar FM, Era FM dan Suria FM serta pegawai-pegawai perhubungan awam dari beberapa syarikat rakaman dan hotel.

 
Konsert Karaoke HAI Final

OLEH: TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN
FOTO: NOOR AZLINA JAAFAR
TARIKH: 3 Oktober 2009
LOKASI: Red Box  The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur


Farhana juara Suara Karaoke HAI- Red Box 2009


DEBARAN finalis Suara Karaoke HAI-Red Box 2009 akhirnya terjawab dalam pertandingan akhir yang diadakan di Red Box  The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu.

Sebanyak tujuh peserta yang terpilih daripada 1000 peserta di lima lokasi pertandingan yang dibawa khas oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. serta pusat karaoke keluarga terkemuka negara, Red Box, Green Box dan Red Box Ria di Johor Bahru, Klang, Seremban, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur hadir seawal pukul 10.00 pagi bagi persediaan untuk peringkat akhir yang bermula pada pukul 2.00 petang.

 
Warna Warni Di Majlis Rumah Terbuka UKSB 2009

Tanggal 16 oktober 2009, Majlis Warna warni Rumah terbuka Utusan Karya Sdn Bhd, bertempat di Dewan Karya. UKSB tanpa artis memang tidak sah. Jamuan hari raya begitu gamat sekali dengan kehadiran tiga pengacara yang havoc, Roslan Shah, Ifa Raziah, dan Haiza yang 'mengena' staff-staff UKSB dan rakan-rakan artis dengan segmen sketsa dan nyanyian. Tambah istimewa, semua juadah menarik dengan penuh warna warni disediakan secara pot luck yang ditaja oleh setiap unit majalah.

 
More Articles...


Page 2 of 3