Report comment

Saya pembaca setia URTV selama 20tahun. Tahniah, URTV kekal no.1 di hati peminat hiburan Malaysia. Saya ingin menarik perhatian Huzz dan Norzeha Kasbi berkenaan satu artikel edisi 832 (15-28 Feb 2013) berkenaan majlis persandingan di PWTC. Di mukasurat 13, tercatat nama Wedding Planner bersama ibunya yg juga seorang produser. Saya yakin Norzeha Kasbi terlepas pandang untuk memeriksa identiti terlebih dahulu sebelum menyiarkan sebarang maklumat bagi mengelakkan sebarang isu. Nama yang tersiar tersebut bukanlah nama sebenar Wedding Planner itu. Manakala wanita produser yg dipeluk itu juga bukan ibunya kerana produser itu adalah bekas isteri seorang pelakon yg pernah mendapat liputan Melodi di atas kematian anak perempuannya yang jatuh dari bangunan kediaman beberapa tahun lalu. Produser itu juga tidak pernah melahirkan anak lelaki . Saya kenal Wedding Planner itu kerana sayalah gurunya ketika beliau belajar di sebuah sekolah di Klang. Melalui rekod Jabatan Pendaftaran Negara, ibunya telah meninggal dunia di Klang beberapa tahun lalu. Saya berasa sungguh kecewa kerana maklumat yg disiarkan tidak tepat dan mungkin akan menyebabkan kekeliruan awam. Saya percaya, ahli keluarga Wedding Planner tersebut mungkin berkecil hati kerana nama yang tersiar mewakili sesuatu keturunan sedangkan Wedding Planner itu adalah keturunan biasa yg selalu gagal dalam pelajarannya. Rekod Kementerian Pelajaran juga membuktikan bahawa beliau tergolong dalam kumpulan pelajar yang sering tercicir kerana prestasi akademik yang amat memalukan. Di sini, mungkin saya boleh mencadangkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang bagi menyelamatkan kredibiliti URTV sebagai majalah terulung dengan beberapa tips seperti;

1- sahkan identiti individu yg bakal ditemuramah dengan memeriksa dokumen pengenalan diri.
2- hubungi individu rujukan (reference) bagi manjamin ketepatan maklumat individu yang ditemuramah.
3- hubungi ahli keluarga sebagai jaminan ketulinan maklumat.
4- selidik nama ahli keluarga individu yang ditemuramah supaya ibu sebenar atau keluarga sebenar tidak mengambil tindakan ke atas pihak media yang menyiarkan maklumat tidak tepat.

Sekian terima kasih.