Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman

40 NASIHAT TERBAIK PENYUBUR IMAN

Rate This Book
(3 votes)
Friday, 08 April 2016 16:33
Dalam suka mahupun duka, papa ataupun kaya, malah dalam apa jua suasana, kita perlukan satu perkara : NASIHAT yang baik. Nasihat-nasihat berguna yang mengingatkan, dan mendekatkan manusia kepada Penciptanya bukan sahaja baik untuk kehidupan dunia, tetapi juga kehidupan akhirat mereka. Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman ini menghimpunkan nasihat dan peringatan untuk semua lapisan masyarakat. Ia menyentuh pelbagai aspek kehidupan seorang muslim yang matlamatnya ialah mendapat keredhaan Allah. Amalan nasihat dan menasihati itu ke arah kebaikan menjadi satu tanggungjawab agama bagi umat Islam, khususnya mereka yang dikurniai Allah dengan kelebihan ilmu.

DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ ialah seorang pendakwah/ulama yang konsisten dalam memberi nasihat-nasihat berguna kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman ialah penerusan komitmen beliau untuk mencambahkan benih iman di dada umat islam, menyemai akhlak mulia dan membawa mereka ke jalan yang lurus, insya-Allah.
*Masih berada di pasaran