Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Keluaran Khas
Sebuah lagi buku istimewa dan menginsafkan yang mesti anda miliki. Terdapat 23 buah cerita menarik dan setiap satunya berkisar kepada pengalaman-pengalaman aneh, menakutkan serta menginsafkan yang dilalui oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya.

Dalam mengharungi kehidupan ini, ada di antara mereka yang memilih jalan ke kiri, sebahagian lagi memilih jalan ke kanan. Tidak kurang juga yang memilih jalan bersimpang siur, hingga akhirnya tersesat dan tercari-cari jalan pulang. Mereka ini mencari-cari jalan ke syurga namun sayang, ramai yang tidak menjumpainya.

Sebahagian daripada kisah-kisah menginsafkan ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, manakala sebahagian lagi adalah cerita-cerita baru yang dipaparkan khas untuk buku ini.
‘SIAPA JUARA’ merupakan naskah koleksi terbaru terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang menghimpunkan 16 profil lengkap pasukan terkemuka benua Eropah sempena pertandingan EURO 2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine pada 8 Jun 2012 akan datang. Koleksi terbaik berharga RM15 ini juga mengandungi 132 muka surat dan akan mula berada di pasaran pada awal Mei 2012. Para pembaca juga berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan yang ditawarkan dalam beberapa peraduan sempena temasya ini. Jadi jangan ketinggalan untuk memiliki naskah hebat ini. Selamat menonton dan  membaca.

       

Buku terbitan terbaru Utusan Karya yang berkisar tentang pengetahuan kehamilan dan penjagaan anak bermula dari bayi sehingga usia empat tahun. Diilhamkan daripada ruangan Ibu dan Anak dalam majalah WANITA, buku ini mengandungi empat segmen utama; menunggu Kehadiran Zuriat, Dunia Baru Bayi dan Ibu, Anak Yang Semakin Besar dan Komitmen Kasih.

Gaya penulisan yang ringkas memudahkan bakal ibu membuat rujukan segera dalam topic-topik yang dinyatakan. Selain memuatkan artikel baru mengenai fakta kesihatan dan perubatan bakal ibu dan anak, buku ini turut menyelitkan panduan berunsur keagamaan serta artikel berkaitan yang pernah disiarkan dalam ruangan Ibu dan Anak majalah WANITA.

Buku yang mengandungi 196 muka surat ini kini sudah berada di pasaran dan ia dijual dengan harga RM15.00 (Semenanjung Malaysia)

Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu
Kompilasi Saji Hidangan Minum Petang
Kompilasi Saji Aneka Kek & Mufin
Kompilasi Saji Aneka Nasi
Jejari Emas
Kompilasi Saji Sajian Pengantin
Page 3 of 4