Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare
Hadiah Sastera
Dunia remaja mereka terbentuk oleh cerita-cerita sengketa yang tidak pernah selesai. Seperti Miyagi Matsuno, dia dan Prebet Yoshihito juga membenci peperangan. Peperangan yang muncul di tanah Syanon To dan juga seluruh wilayah di Tanah Melayu.

Begitu juga Engku Siti Zubaidah, dia tidak mahu peperangan dan penjajahan kuasa asing membantutkan hasratnya untuk mengejar ilmu. Wasiat ayahanda terus membakar semangatnya untuk bergelar srikandi Melayu yang mengisi kemerdekaan tanah air sebagai ilmuwan bangsa.

Kehilangan seorang demi seorang insan tersayang bukan penyebab untuknya kecewa dan patah hati. Apatah lagi saat-saat diduga dengan ledakan uranium yang digugurkan ke tanah Oganza. Bumi Hiroshima yang ditakdirnya bertukar padang jarak padang terkukur.

Engku Siti Zubaidah akan sentiasa mengenang sejarah luluh iyu, yang telah meragut nyawa sahabat tercinta. Sahabat yang sentiasa menaburinya dengan harapan dan kata-kata untuk terus memburu kejayaan.
"Kalau perancangan tentang perniagaan, aku sanggup mendepaninya. Tap perancangan hati terlalu subjektif. Persoalan jiwa, sukar untuk diterka. Sesungguhlah kata Henri Bergson, ahli falsafah Perancis : Di sebalik hati ada seribu cerita, malah ada sejuta rasa." - Miera

"Apa yang penting, Lian mahu kakak dan abang bekerjasama dengan Lian. Dalam perniagaan, kita perlu bergerak seiring seperti berlumba mendayung perahu. Jika salah seorang daripada kita lemah, dayung kita akan berlaga hingga boleh menggagalkan matlamat." - Lian Bawan

Inilah catatan rasa dari getar jiwa remaja istimewa untuk sebuah warga dan desa hingga tercatatnya dua citra - Lian dan Miera.
Dennis Oh sanggup menolak tawaran daripada sebuah syarikat terkemuka di Amerika Syarikat untuk kembali ke Malaysia demi menguruskan empayar permiagaan milik bapanya. Bagaimanapun, impian pewaris tunggal keluarga Oh itu musnah sekelip mata apabila bapanya memutuskan untuk mendermakan seluruh hartanya kepada badan amal.

Lelaki muda kacukan Cina dan Korea ini membawa diri ke Vietnam untuk menghiburkan hatinya. Di sana, dia bertemu dan menyertai sekumpulan lelaki yang mencabarnya melakukan sesuatu di luar normal. Akibat perbuatan itu, Dennis nyaris-nyaris kehilangan nyawanya gara-gara jangkitan cacing.

Pengalaman itu menyedarkan Dennis akan perkara sebenar yang berharga buat dirinya. Demi mencapai impiannya, Dennis menawarkandiri sendiri sukarelawandi Sudan Selatan bagi membantu program membasmi cacing Guinea. Dennis menemui sinar baru dalam hidupnya.
"Zarif Iskandar, saya amat berbangga dapat mengenali anak muda seperti kamu. Dan, saya juga percaya bahawa kamu lebih mengenali pokok-pokok di sini berbanding dengan saya. Insya-Allah, pandangan dan cadangan kamu yang telah disampaikan oleh Haji Badri akan saya ketengahkan dalam mesyuarat dengan Exco Kerajaan Negeri."

Menteri Besar kemudiannya menepuk bahu Zarif seraya berkata, "Masa depan hutan simpan ini sebenarnya terletak di bahu anak muda seperti kamu. Usahakanlah apa-apa yang kamu mampu. Jika ada apa-apa masalah, majukan terus ke pejabat saya."

Zarif tersenyum puas. Kejadian yang berlaku ternyata ada hikmahnya. Walaupun dia sama sekali tidak menyangka bahawa datuknya akan menggunakan idea yang ditulisnya dalam artikel, dia ada alasan tersendiri untuk berasa bangga.
Fatih mahu melaksanakan misi besar. Ingin membuktikan kemampuan diri. Laluan jihad jadi pilihan tetapi kenaifan menolaknya ke tanah panas di bawah langit Iraq.

Di Malaysia, Nadrah mencari ruang pencerahan. Demi seorang sahabat. Namun dalam ghairah meneroka, dia tersilap memilih simpang sesat.

Khilaf menjerumuskanmereka ke jurang masalah. Dapatkah mereka mencari kompas kembali ke pangkal jalan? Bagaimana harus mereka menzikirkan keberanian mengakui kesilapan sendiri? Mampukah mereka melihat ini sebagai hikmah yang mengajarkan makna diri insan dan tanggungjawab?
Kepintaran luar biasa Nilam membuatkan dia menjadi perhatian pensyarah dan rakan-rakan di kolej perubatannya. Lebih daripada itu, pekerti Nilam yang luhur amat disenangi oleh orang sekelilingnya. Cemburu dengan perhatian yang diperoleh oleh saudaranya, Maya berazam untuk mengatasi Nilam dalam semua perkara.

Projek Akal dan Budi membuka ruang untuk Maya menggunakan pengaruh wang bagi menggagalkan projek Nilam. Setelah rakan-rakannya, Elly, Mia dan Tria menyertai Maya, Nilam terpaksa berusaha sendirian untuk melakukan projeknya. Maya dan rakan-rakan barunya berjaya mencipta alat canggih yang dapat membantutkan usaha Nilam. Bagaimanapun, satu kejadian yang tidak diduga merencatkan perancangan mereka...
Menghimpunkan semua karya-karya yang diangkat sebagai pemenang Hadiah Utama dan Penghargaan kategori Cerpen Umum, Cerpen Remaja, Puisi serta Rencana Sastera, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016. Setiap karya masing-masing menampilkan keistimewaan dan kekuatan tersendiri dari segi pemikiran, tema, teknik persembahan serta keindahan bahasa.

Selain itu, naskah ini turut menampilkan laporan Jawatankuasa Panel Penilai HSKU 2016 berkaitan kriteria-kriteria utama yang digunakan dalam menilai setiap karya yang dipertandingkan, dan seterusnya diangkat sebagaipemenang. Tidak ketinggalan adalah laporan terhadap karya-karya yang memenangi kategori Novel Remaja dan Cerpen Media Baru.

Naskah ini wajar dijadikan rujukan untuk anda menghayati contoh-contoh karya yang berkualiti tinggi dan seterusnya menjadi penulis yang berwibawa.